Wednesday 2 November 2016

Freeletics : Kenapa, Bagaimana dan Kesannya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ok pengenalan lah dulu. Aku skrg ni addicted with this exercise Freeletics ni. Bagi yang nak tahu mcm mana nak mula, boleh install di playstore apps freeletics bodyweight n follow sahaja semua instruction. Jangan lupa follow freeletics account aku Freeletics Pokleh ni hahahahah. Aku bermula degan senaman ini dari satu komuniti kt Kuantan ni.Komuniti ini lah yang banyak support aku dlm bidang ni Freeletics Pahang jgn lupa click n like page tu (smpt lg promote) haha. So exercise dari rumah atau dimana2 sahaja anda suka.

  Ok aku nak share tentang transformasi aku dengan senaman Freeletics. Actually aku ni tiada diet yg khusus tentang pemakanan, mmg fokus on exercise sebab aku ni kuat makan n suka makan mende2 sedap haha. Cuma kalau bab makanan, aku cuma reduce kuantiti gula intake especially minuman bikarbonat, susu pekat (tp minum jgk dua minggu sekali gitu). Kalau bab makan, mmg aku dh lama makan nasi separuh sebab aku xreti detail nutrition sekarang pn baru baru nk blajar. Your ABS made from kitchen so sbb tu lah aku xdpt lagi SIXPAX  sebab xtahu detail psl nutrition hahahahah. Ni susahnya jadi org yg suka makan hahaha. Ok Ok aku share my first photo comparison dulu ya
Masa memula upload gambar ni di fesbuk. Semua tanya 'ehhh ko kencing manis ke, ehhh ko sakit ke, ehhhh kurang zat ni etc etc'. Nak bgtau korang satu benda tau. Malaysian especially Malay mmg suka tgk org chubby / gemuk. Contoh, kalau baby baru lahir, yg jenih chubby tu semua pakat pegang peha smbil ckp 'eeee geram nya, eeee sihatnya dia'. Betul tak? Mana pernah Melayu cakap pada baby yg badan dia ok (tak kurus xgemuk) ni eeee sihat nya baby ni. Ada ada? Mana ada kan hahaha. Actually kita dah set mind kita dari baby lagi 'gemuk/chubby is awesome and healthy'. Ok nak citenya masa dlm gmbr tu aku masih pakai seluar lama size 40, baju XXL tp cerut xhengat nmpak mcm org sakit. So beli baju baru n gmbr seperti dibawah.
So tadaaa tapi sajer nk bgtau. Seluar tu size 34 tu (yang lama masa gemuk tu size 40 ya). Tapi skrg dh boleh pakai 32-31 huhu. Actually berat aku xmendadak sgt turun, tp inch loss mmg yes mendadak turun. Contoh, aku asal berat 95 skrg duk maintan 78-80 sahaja. Tp pinggang aku loss dlm 8 inch. Itulah kelebihan freeletics yg tergolong dalam High Intensity Interval Training (HIIT) ni. Sebabnya dia bukan sahaja burn kalori, malah dia burn lemak2 degil kt perut tu huhu. Dulu aku dh usaha naik bukit tetiap minggu naik bukit, jogging 3km paling jauh tapi sakit lutut, and masa tu berat drop sampai 82kg tapi pinggang tetap drop smpai 38 sahaja.

Ok ada org tanya aku. Kenapa freeletics. Kenapa bukan Tabata ke or HIIT yang lain. Jawapan aku satu sahaja. Freeletics buat aku istiqomah. Dengan apps freeletics dan komuniti Freeletics ni aku jd istiqomah huhu. Kalau lah kau tetiba moral down xnk workout. Ko bukak lah apps freeletics tu, tgk balik history yg ko dh buat. Aku selalu buat gitu. Dan aku akan terdetik dh sejauh ni aku buat, xkn aku nk stop kan? Korang nak tgk lagi apa yg aku compare kan dulu and skrg? Check it out.
Samping ni, aku beli dh lama. Korg tgk gmbr lama aku xleh ikat elok samping tu dek kelibat pouch bag kt perut hahaha. Tp tgk skrg Alhamdulillah terikat rapi samping. Nak lagi? Ok jap.
Ok korang boleh tgk sendiri perbezaan size seluar tu huhuhuhu. Nampak? Nak lagi. Jap
Amik kaw hahahaha. Pose sama kengkunun. Tgk lah kt leher tu hahahahaha. Aku simpan ni semua bukan apa, sebagai motivasi aku utk never turn back. 
Oklah akhir kata, ni lah yang penting, kalau tiada disiplin tiada dedikasi dan sebagainya. Atau lebih tepat lagi tiada PASSION, semua ni belum tentu akan terjadi. Kalau soalan kesan yang paling saya suka bila dengan Freeletics? Saya kurus dalam tempoh 4 bulan (40-34 size seluar) dan dalam masa yang sama saya FIT, saya dapat jadi 'kuda' untuk anak2, lutut saya tak sakit lagi (sy previous ACL operation) pinggang saya xsakit mcm dulu (sy pernah masuk hospital pasal back pain). Kurus dan Sihat. Itu yang saya amat suka. Jangan hanya bertawakal utk kurus, kena usaha dulu then tawakal insyaAllah ada ganjarannya nanti!!!




Nah layan lah video ni. Aku nak cari smgt mmg view video ni huhuhu. So apa lagi, Jom join komuniti yang pentingkan kesihatan jommmm.


Jumpa lagi
Salehuddin Lokman a.k.a Pokleh
Free Athlete at Freeletics




 

No comments:

Post a Comment