Thursday, 29 December 2011

Tazkirah Jumaat

Assalamualaikum,

Sekarang Insya Allah saya akan cuba untuk mentadabbur alam melalui photo yang saya ambil. Mudah2an amal saya yg kecil ini mendapat ganjaran dari Nya = )

Masjid As-Salam | Puchong

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam biasa membaca pada hari Jumaat dalam solat Subuh (surah) Alif lam mim tanzilus sajadah dan (surah) Hal ata ‘alal insani hinum minad dahr. | Imam Al-Bukhari

Hukum membaca surah al-Sajdah adalah sunat.

Berdasarkan hadis di atas, sunat hukumnya membaca surah al-Sajdah dalam rakaat pertama solat subuh pada pagi Jumaat. Ini adalah juga merupakan pendapat Mazhab al-Syafi’e sebagaimana yang diterangkan oleh Imam al-Nawawi:

Dalam hadis di atas terkandung dalil bagi mazhab kami dan mazhab yang sependapat dengan kami bahawa sunat (membaca surah al-Sajdah dan surah al-Insan) pada solat Subuh hari Jumaat’. [Syarh Shahih Muslim bi al-Nawawi (tahqiq: ‘Irfan Haswanah; Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut, tp.thn), jld. 4, ms. 188-189).



Saya yakin para pembaca mengetahui berkenaan hukum sunat ini. Akan tetapi dalam pengalaman saya dan rakan-rakan, adakalanya ditemui:

Para makmum yang menangguhkan iqamat solat Subuh pada pagi Jumaat kerana imam yang hafal surah al-Sajdah belum datang. Jika tiada yang hafal, makmum saling menolak antara satu sama lain untuk menjadi imam. Masing-masing enggan dengan alasan: “Saya tak hafal surah al-Sajdah.”

Pernah beberapa kali imam yang sedang membaca surah al-Sajdah tersangkut di tengah-tengah atau penghujung dan tidak ada makmum yang boleh membetulkannya (termasuk diri saya). Maka imam mengulangi semula surah al-Sajdah dari awal sekali lagi.

Bagi masjid-masjid yang mempunyai imam yang dilantik secara rasmi, saya dikhabarkan oleh rakan-rakan yang dipercayai bahawa antara soalan yang ditanya ketika temuduga sebelum perlantikan adalah hafal atau tidak surah al-Sajdah. Ia menjadi salah satu syarat lulus temuduga.

Tiga pengalaman di atas memberi isyarat bahawa di sebalik kebiasaan membaca surah al-Sajdah dalam solat Subuh pada pagi Jumaat, ada sebahagian orang yang menganggap hukumnya wajib. Atas anggap wajib inilah mereka enggan menjadi imam, atau salah satu syarat perlantikan imam untuk mengulang-ulang keseluruhan surah jika tersangkut.



Padahal yang benar hukumnya adalah sunat, tidak wajib. Oleh itu jika tidak ada yang menghafal surah al-Sajdah, seseorang boleh menjadi imam dengan membaca surah lain. Jika tersangkut ketika membaca surah al-Sajdah dan makmum tiada yang dapat membetulkannya, imam boleh terus rukuk atau beralih membaca surah yang lain. Menghafal surah al-Sajdah sepatutnya menjadi satu kelebihan dalam temuduga dan bukannya syarat lulus temuduga.

credit to http://hafizfirdaus.com/ebook/Risalah-6/tajuk7.htm

Wallahualam =)

No comments:

Post a Comment