
Assalamualaikum wbt,
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. "(183)
"(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui." (184)
" (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. (185)
Ramadhan bakal tiba, marilah kita sama2 meraikan nya. Mari sama2 kita grab rahmat2 Allah pada first 10 ramadhan yg bakal bermula malam ini. Amalan dilipatgandakan ganjaran, apa lagi yg kita mahu? kan..? Marilah kita jayakan Madrasah Ramadhan ini, moga2 memberi manfaat pada kita pada hari2 yg mendatang, dan pada hari kita di bangkit kan kelak.
Wallahua'lam.
p/s : Happy Fasting to all muslim out there tulus ikhlas dari Salehuddin, Husna, Hafiz As-Shuraim dan Muhammad Umar Fahmi =)
selamat berpuaa juga.. semoga kedatangan ramadhan kali ini akan lebih bermakna untuk kita semua..
ReplyDeleteInsyaAllah =)
ReplyDelete