Wednesday, 2 November 2016

Freeletics : Kenapa, Bagaimana dan Kesannya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ok pengenalan lah dulu. Aku skrg ni addicted with this exercise Freeletics ni. Bagi yang nak tahu mcm mana nak mula, boleh install di playstore apps freeletics bodyweight n follow sahaja semua instruction. Jangan lupa follow freeletics account aku Freeletics Pokleh ni hahahahah. Aku bermula degan senaman ini dari satu komuniti kt Kuantan ni.Komuniti ini lah yang banyak support aku dlm bidang ni Freeletics Pahang jgn lupa click n like page tu (smpt lg promote) haha. So exercise dari rumah atau dimana2 sahaja anda suka.

  Ok aku nak share tentang transformasi aku dengan senaman Freeletics. Actually aku ni tiada diet yg khusus tentang pemakanan, mmg fokus on exercise sebab aku ni kuat makan n suka makan mende2 sedap haha. Cuma kalau bab makanan, aku cuma reduce kuantiti gula intake especially minuman bikarbonat, susu pekat (tp minum jgk dua minggu sekali gitu). Kalau bab makan, mmg aku dh lama makan nasi separuh sebab aku xreti detail nutrition sekarang pn baru baru nk blajar. Your ABS made from kitchen so sbb tu lah aku xdpt lagi SIXPAX  sebab xtahu detail psl nutrition hahahahah. Ni susahnya jadi org yg suka makan hahaha. Ok Ok aku share my first photo comparison dulu ya
Masa memula upload gambar ni di fesbuk. Semua tanya 'ehhh ko kencing manis ke, ehhh ko sakit ke, ehhhh kurang zat ni etc etc'. Nak bgtau korang satu benda tau. Malaysian especially Malay mmg suka tgk org chubby / gemuk. Contoh, kalau baby baru lahir, yg jenih chubby tu semua pakat pegang peha smbil ckp 'eeee geram nya, eeee sihatnya dia'. Betul tak? Mana pernah Melayu cakap pada baby yg badan dia ok (tak kurus xgemuk) ni eeee sihat nya baby ni. Ada ada? Mana ada kan hahaha. Actually kita dah set mind kita dari baby lagi 'gemuk/chubby is awesome and healthy'. Ok nak citenya masa dlm gmbr tu aku masih pakai seluar lama size 40, baju XXL tp cerut xhengat nmpak mcm org sakit. So beli baju baru n gmbr seperti dibawah.
So tadaaa tapi sajer nk bgtau. Seluar tu size 34 tu (yang lama masa gemuk tu size 40 ya). Tapi skrg dh boleh pakai 32-31 huhu. Actually berat aku xmendadak sgt turun, tp inch loss mmg yes mendadak turun. Contoh, aku asal berat 95 skrg duk maintan 78-80 sahaja. Tp pinggang aku loss dlm 8 inch. Itulah kelebihan freeletics yg tergolong dalam High Intensity Interval Training (HIIT) ni. Sebabnya dia bukan sahaja burn kalori, malah dia burn lemak2 degil kt perut tu huhu. Dulu aku dh usaha naik bukit tetiap minggu naik bukit, jogging 3km paling jauh tapi sakit lutut, and masa tu berat drop sampai 82kg tapi pinggang tetap drop smpai 38 sahaja.

Ok ada org tanya aku. Kenapa freeletics. Kenapa bukan Tabata ke or HIIT yang lain. Jawapan aku satu sahaja. Freeletics buat aku istiqomah. Dengan apps freeletics dan komuniti Freeletics ni aku jd istiqomah huhu. Kalau lah kau tetiba moral down xnk workout. Ko bukak lah apps freeletics tu, tgk balik history yg ko dh buat. Aku selalu buat gitu. Dan aku akan terdetik dh sejauh ni aku buat, xkn aku nk stop kan? Korang nak tgk lagi apa yg aku compare kan dulu and skrg? Check it out.
Samping ni, aku beli dh lama. Korg tgk gmbr lama aku xleh ikat elok samping tu dek kelibat pouch bag kt perut hahaha. Tp tgk skrg Alhamdulillah terikat rapi samping. Nak lagi? Ok jap.
Ok korang boleh tgk sendiri perbezaan size seluar tu huhuhuhu. Nampak? Nak lagi. Jap
Amik kaw hahahaha. Pose sama kengkunun. Tgk lah kt leher tu hahahahaha. Aku simpan ni semua bukan apa, sebagai motivasi aku utk never turn back. 
Oklah akhir kata, ni lah yang penting, kalau tiada disiplin tiada dedikasi dan sebagainya. Atau lebih tepat lagi tiada PASSION, semua ni belum tentu akan terjadi. Kalau soalan kesan yang paling saya suka bila dengan Freeletics? Saya kurus dalam tempoh 4 bulan (40-34 size seluar) dan dalam masa yang sama saya FIT, saya dapat jadi 'kuda' untuk anak2, lutut saya tak sakit lagi (sy previous ACL operation) pinggang saya xsakit mcm dulu (sy pernah masuk hospital pasal back pain). Kurus dan Sihat. Itu yang saya amat suka. Jangan hanya bertawakal utk kurus, kena usaha dulu then tawakal insyaAllah ada ganjarannya nanti!!!




Nah layan lah video ni. Aku nak cari smgt mmg view video ni huhuhu. So apa lagi, Jom join komuniti yang pentingkan kesihatan jommmm.


Jumpa lagi
Salehuddin Lokman a.k.a Pokleh
Free Athlete at Freeletics




 

Sunday, 20 March 2016

My Friends Wedding

Assalamualaikum semua,

Ok last shoot wedding ialah tahun lepas, july. 8 bulan jugak la xshoot wedding huhu n actually yg ni pn at the first stage aku menolak nk shoot. Tp bila memikirkan pengantin ialah antara kawan yg boleh dikatakan rapat jugak di kuantan ni pnya majlis, so aku on. and we r having fun during photo session hihi.

To Hariza n Zul, tahniah n selamat melayari bahtera perkahwinan. Ecewah skema giler ayat muahahahah. And for yg ask for quotation, im sorry im not available for any wedding assisgnment. Aku cuma akan shoot kawan terdekat dan sedara mara rapat sahaja. Bukan jual mahal, tapi ini bukan bidang aku huhuhu. Maybe korang boleh cari ramai lg wedding photographer yg lg power huhu.


Ok enjoylah sekitar gambar masa majlis tempoh hari. Opss lupa nk kabo phone aku jatuh screen dh crack touch screen out, so skng mmg xleh nk bc mana2 whatsapph group huhu. On fb pn kena pakai laptop huhu. So kalau sesapa kengkawan yg ada urgent benda nk kabo boleh pm kt fb or email :D :D


Diaorg ni nk tumbuk aku ke hahahaha


Nak suruh cium dahi pn jenuh paksa hihi

yg ni kan kali keberapa pose xtau la hahaha
Ni lepas akad nikah
Emoji whatsapp katanya haha


Lagi emoji whatsapp
Dan lagi emoji whatsapp kekeke





Monday, 7 December 2015

How To Trace Your Artwork Online | Bagaimana ingin men'trace' artwork anda di laman sesawang

Assalamualaikum Semua.

Bersawang tak update. Ok sekarang sy cuma nak share macham mana mau trace artwork anda online. Ini juga boleh diguna pakai untuk trace kalau gambar anda dicuri dan dijual di tempat lain if any heheheh.

Ok guys today i want to show you how to trace your artwork online. And this also you can use to trace if there is any of your photos stolen by others and maybe the other parties sell it online.


 Mula2 buka galeri gambar anda shutterstock / flickr.
First, one your gallery i.e shutterstock/flickr.



  Selepas itu, buka pulak google image dengan tab yang baharu.
Then open google image with new tab.



 Drag kan gambar anda dari galeri ke tab google image.
Drag your photo to google image tab. 



 Kemudian drag ke tempat yg ditunjukkan yang drag image here tu.
Then drag your photo as per sample above (put your photo at 'drag image here')



 
So keluarlah gambar kita appear kat mana. Jangan pilih yang link shutterstock@flickr@flickeriver tu mmg yang tu direct ke galeri u all lah hihi.
Here you are. Don't choose the link that direct to your gallery for example your photo is in shutterstock @ your personal website, so don't select the shutterstock or your website link.

CONTOH HASIL DARI CARIAN.














 


Sampai Jumpa Lagi. Till Then.



Salehuddin bin Lokman
Shutterstock Contributor
Personal Coach : Landscape for Microstock
whatsapp : +60136166757
fb : Salehuddin Lokman
instagram : salehuddinlokman

Monday, 27 July 2015

Nai dan Amirul | Kuantan Pahang

Assalamualaikum semua,

After a long break in wedding photography (except shooting for my relatives), pokleh telah mencemar duli shoot wedding!!!! hahahaha. Ok sy share a few shots from her wedding. Enjoyssss


Ketibaan pengantin diapit oleh pengapit yg matanya sepet :p


Ok ini mmg rare. bapa pengantin perempuan tau yang bersilat ni. Sepatutnya beliau tunggu jer org lain bersilat. Tapi agaknya dh gian sangat kot huhu. Pakcik ni mmg guru tomoi dan mmg suka bab2 ni hehe
 
 Pengantin dengan pengapit. Tp pengapit patut duk tepi. Ni style baru huhu


Posing diatas pelamin. Sorry la korang gini je posing nya. Ni lah jadinya bila landscape photographer suruh pengantin posing huhu 












Outdoor ni buat kat Taman Pasif, Kuantan. Korang tahu taman pasif? Haaa aku ni first time tahu tempat ni. Mmg pasif betul tempat ni mmg xdok orang hahahahah 


p/s : aiseh lupa nk buh gambar akad nikah haiyaaaaa. Later k bye :D



Salehuddin Lokman (Pokleh)
Whatsapp : 0136166757
Email : salehuddinlokman@yahoo.com
FB : Salehuddin Lokman





Thursday, 12 June 2014

EXPAT Semeru 2014

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, EXPAT Semeru bersama luarbiasafoto.com telah berjaya dengan jayanya. Thanks to Allah for a wonderful weather, thanks to friends from Indonesia for all hospitality, and thanks to all team from Malaysia for a wonderful moment and friendship. Ok saya terfikir untuk blog sepenuhnya pasal keseluruhan kami punya expedisi. Jeng jeng jeng macam menarik je intro hahahahaah.

DAY 1
Ok kami mulakan ekspedisi dari Kuantan pada 20/5 pukul 745 pagi. Saya dh siap kemas beg 7 hari sebelum tarikh tu :p

 
Photo credit goes to Faizal Shaupi, an awesome arial videographer  from Pahang.

Ok, lepas naik bas, kami sampai pekeliling. So turun d pekeliling, kami naik monorail ke KL Sentral. And terus naik ERL ke KLIA2. Wahhhh. Besar rupanya airport ni sampai sesat2 lah hahahahaahhaah. Tapi tempat baru, banyak ruang x penuh lg lah hehehe. 


 
OK ini gambar dlm monorail nak ke KL Sentral. Sume pakat tgk apa ke hal nya rombongan ni bawak beg besar2 hahaha :D

 
Pak Ali di KLIA2. Menyuruh semua stay excited untuk menunggu foto2 dari kami hehehehe.

Dan kemudian kami pun terbang lah ke Surabaya, Juanda Airport. Menanti kami di sana ialah Kabul, Prem, Gedek, Bagong, Yohny, Soleman, muhe. Sememangnya team indonesia amatlah osemmm!!!

Ok gambar masa malam otw to ranupani tuxde haha. Ranupani dikenali sebagai perkampungan di atas awan. Sama dengan bromo. Sbb memang lokasi nya di atas awan. Tapi gambar pagi esok nya ada hehe. Ok end of day 1.

Kehadiran kami ke indonesia di sambut dengan keindahan magic hour ketika matahari terbenam. Alhamdulillah.

Keindahan Ranu Pane di awal pagi. Amat mengasyikkan melihat daerah yg berada di atas awan. (atas air tu awan ye bukan kabus harap maklum hihi)

DAY 2

Day 2 kami ada 5 org yg sampai lambat semalam bgn lmbt pagi tu. Opsss lupa nk bgtau kami lambat disebabkan jeep rosak. Yg paling best masa jeep rosak tu kuar lagu everything gonna be alright. Hahaha mmg cool abis blake lps dgr lagu tu hihi. Xdela nk panik ke apa ke hihi. Ok sambung cerita day 2. Kami bgn then berkemas n packing brg. Kami ramai pakai porter sbb yelah photographer kan bnyk equipment nya haha  saya share porter dgn Azam Alwi. Beg kami xdela berat sgt. Porter pn nmpak happy je bawak beg kami hihi. Lepas tu bfast nasgor, siap2 untuk trekking. Bila trekking biasanya akan terpecah dua. And biasanya aku follow platon depan. Bukan sebab aku laju, tp sebab aku xleh nk slow sbb nnti akan saiko diri sendiri huhu. Depan mcm biasa ada dr jamal, mizi tucker n kali ni azam alwi pn duk group depan hehe. Dalam kami berempat, aku sorg je bukan cyclist ahaks. So trekking dgn cyclist amatlah menduga minda anda untuk stay strong. Diaorg buat trekking ni mcm kayuh beskal. Bapok laju wehhhhh hahahaha. Jenuh nk mengejar. And akhirnya lepas tiga jam. Kami sampai di post 4. Masa tu, kami xperasan di blkg kami tu Ranu Kumbolo. Sbb time tudi penuhi awan. Masa tu semua muka monyok sbb lapar. Tp bila awan bergerak n nampk pemandangan tasik tu, semua kalut amik kamera n shoot. Subhanallah. Its amazing. Superbb nature. Bersyukur terpilih oleh Allah untuk menikmati keindahan alam ini. Lepas sejam lebih kami lepak di pos 4, then kami pn gerak ke ranu kumbolo sbb semua dh puas shoot gambar. Abislah trekking pada day 2. Group satu lg a bit late sampai lepas kami. Tp mereka tetap sampai tanpa sebarang masalah :)
Lepas solat, khemah siap. Makanan siap. Kami makan, lepak2 sembang2. Solat maghrib isyak. Pastu tido. Tapi saya mcm biasa lah. Disebabkan menggilai milky way. Saya tido kejap pastu tjaga sbb terasa nk shoot. Fuhhhh indah sungguh hamparan bintang Allah bagi malam tu. Alhamdulillah wa Syukrillah. Lepas a few shot, then azam alwi pn join shoot. Dalam sejam gitu then saya pn sambung tido. Sbb masa tu awan pn dh dtg. Macam tutup sikit bintang2 tu. Tapi apa2 pn saya amat bersyukur cuaca menyebelahi n saya ada a few shot milky way yg best. 

Kehadiran kami disambut oleh milkyway yang sedikit berawan. Apa pun tetap kelihatan Alhamdulillah :)


End of day 2.

DAY 3

Day 3 kami memulakan pagi itu dengan bangun lewat hahahah! Bukan kami tapi saya sebenarnya :p Setelah bersiap makan semua selesai, kami pun bersiap untuk bergerak ke kalimati, destinasi terakhir sebelum ke puncak. Hermmmmm trek nya juga agak santai, sebab saya pernah ke Rinjani dan trek Rinjani lebih susah. Sebab tu saya katakan santai ahaks. So bila trekking, kami melalui savannah yang amat indah Orok Orok Ombo nama diberi. Jangan tanya kenapa dengan nama tu. Sebab saya tak sempat nak selidik ahaks. So trekking lebih kurang, sampai lah 3 jam lebih sikit ke Kalimati Campsite. Dan di sini, kami dapat lihat letusan asap dari kawah semeru dengan lebih jelas. Dan disini juga, terdapat hujan abu. Ianya terjadi ketika letusan itu berlaku, asap yg kuat menyebabkan debu sampai ke campsite. Cuak sekejap betul ke nak naik summit tgh malam ni. Kat sini pn dapat asap. Tp dikatakan itu adalah perkara biasa. So hari di Kalimati di isi dengan istirehat, 'marking' (sy dua kali marking kt Kalimati hahaha pertama kali dalam sejarah masa hiking 2 kali sy marking), shoot sunset, milky way (mcm biasa) dan tidur hehehe.

Trek menuju ke Kalimati, puncak Semeru dilitupi awan.
Sunset di Kalimati Basecamp. Di mahameru, kita dilarang untuk membuat unggun api. Tapi ......... :p
 Milky way macam biasa oleh penggemar milky way di Kalimati Campsite heheheheh.

zzzzzzzzzz pukul 1030 kami dikejutkn oleh Dr Jamal untuk summit attack.  Ok semua dah bersiap sepatutnya bertolak kul 11, tapi sebab terlalu ramai hiker yg bertolak time tu kami tunda bergerak pukul 1130. Ok now masa untuk bergerak. Saya trekking bersama azam alwi. Kabul guide kami pesan jalan jangan seperti berbaris, kena mcm zig zag sebabnya nnti batu jatuh tak sempat nak elak. Sebabnya treknya 3langkah ke depan, tapi kita hanya dapat dua langkah ajer. Bila orang malaysia tanya tinggi mahameru berapa? kami cakaplah 3676m dan biasanya mereka akan cakap owhhh kinabalu tinggi lagi. Haaaa ni nak habaq mai, saya pernah ke Kinabalu tau tahun 2002. Dan saya tahu mcm mana trek ke summit. Dan saya suggestkan pada yg duk mendabik dada pernah sampai kinabalu, cubalah pula summit mahameru :p
Ok cerita trekking ni terpaksa bersambung day 4 sebabnya dah pukul 12 malam kan hahahahaha.
DAY 4

Ok, ni yang part plg best. giler setahun baru sambung hahahahahah. Kami memulakan pendakian yg menyeksakan dengan suhu drop sampai 5c kalau xsilap. Hidung berair, jari beku even aku pakai glove org main snowboard tau. Bapok ler tebalnya. Tp still jari tu dpt rasa beku nya. kamu trekking 1230 dan aku sampai summit dlm kul 7 gitu kot. My partner in crime masa hiking is Azam Alwi. Tp nk dekat summit, dia xtahan dgn pace aku yg slow. terus dia tinggal bdesup sbb dia nmpak sunrise yg bakal gemilang. So dah tinggal sensorg, aku decide utk solat subuh terus, rehat kejap. Enjoy sunrise. Pastu baru sambung pjalanan sampai ke summit. Masa bhenti sensorg ni dlm kul 530-6 kalau xsilap.


Biasanya kita tgk gambar summit semeru dari penanjakan. Ni gmbr penanjakan dari summit semeru hehehehe

 
Haaa ni gambar common view dari penanjakan. Ni gambar dua hari selepas sampai summit hehe


Ni stromboli eruption from summit. Maha Suci Allah yang menciptakan. Dapat tengok dari jarak dekat Alhamdulillah
 

Tengoklah perbezaan size letusan asap dari kawah semeru itu jika dibandingkan dengan size manusia :)

Ok dah habis berpenant lelah dan berehat di summit, kami pun turun semula ke kalimati campsite. Sebelum tu, selfie dulu kekekekeke

 Nowdays, selfie is a must hahahah

 

Ni gambaran sebenar trek kami. 3 steps up, 2 steps down. Korang bayangkan. 3 step sebenarnya dpt satu step jer huhuhuhuhu. Tp Alhamdulillah compare dgn Rinjani, kali ni aku wat proper skit pakai gaiter, pakai kasut hiking. So Alhamdulillah xde la kuku patah huhu.And trekking pole dua memang sangat2 membantu. Yang paling awal tiba di summit ialah mizi tucker. 4 jam kot dh sampai. Abis dipotong nya semua org tempatan kt situ. Siap ada milkyway lah kt summit semeru. Yang paling lewat tiba Dr ali dan sam. Tp Alhamdulillah berkat kegigihan dan ketabahan depa sampai summit walaupn trekking hampir 12jam. Saya kagum!!!! Kalau saya mmg mental dh koyak la. Memang ajak turun balik kalau dh lama gitu. Respek!!! :)

Ok sambung cerita psl turun. Then sampai kalimati, solat. Rehat. Sbb petang kami kena terus turun ke ranu kumbolo sebabnya nk tido di sana lagi satu malam. Nak layan milky way lagi sekali kan hihi. Otw ke ranu kumbolo, masa di oro-oro ombo Alhamdulillah dikurniakan sunset yang gemilang. Dan malam itu memang tiada awan yg menutupi milkyway mcm mlm sebelum tu yg ada sedikit terlindung dari awan. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

 

Alhamdulillah Rays of Light Sunset di Orok-Orok Ombo :)

  

Saya memang seorang penggemar milky way. Di pergunungan, cahaya bulan tidak menjadi masalah. Malah ianya membantu untuk menyuluh foreground dan cahayanya lebih sekata :)

DAY 5

Ok sekarang kami sudah mahu turun ke ranu pani. Sebab malam tu kami akan tido di bromo. Otw turun tu, kami dalam keadaan santai2 ajer. Awal pagi tu kami merakan sunrise di ranu kumbolo.
 
Difahamkan beliau manusia pertama yang melakukan penerbangan di ranu kumbolo hihihihihi. Ramai orang lokal kagum dengan beliau. Hebat mamat ni. Tp sokmo cr baloh ngn aku hahahhahah.

 

Sunrise di Ranu Kumbolo. Tengoklah penuh khemah kt sini. Sejak cerita 5cm (boleh search youtube) ditayangkan, dipercayai ramai orang lokal yg g honeymoon kt sini.



 

Ok dah nak turun dah. Memang time turun aritu santai sesantai2 nya huhu. Sampai ranupani solat asar n bersiap utk ke bromo. What an amazing expericence with rhodong luarbiasa :)

DAY 6 

Ok day 6 ni tak banyak untuk dikongsi. Kami pergi ke madakaripu waterfalls, tinggi jugaklah air terjun nya.



Nampak kan org kecik kat bawah tu huhu. Lepas ke sini. Kami pn pulang ke Surabaya

DAY 7


So hari last ni. Kami cuma ke Pasar Pabean. Shopping skit, shoot street skit. Oh ya kami ke pasar arab jugak. Kat situ ada masjid yang mana kalau xsilap ada makam wali kt situ. Dan ketika masuk waktu solat, mmg masjid tu penuh. Sesuatu yg susah nk di lihat di Malaysia.






Penutup

Ada orang tanya, kenapa tak travel tempat lain? Kenapa xtahu pun pasal group awk ni? Hermmm actually kami ni small community ajer. Kebanyakannya based kt Kuantan. Community kami kecil tapi jiwa kami besar untuk menghasilkan karya. Untuk menghasilkan karya yang luarbiasa, perlulah jiwa yang luarbiasa kan. Kumpulan kami tidak glamer dan kami jarang berbicara tentang gadjet.  Kami selalu berbicara tentang karya karya kami :)

Saya jarang update gambar di blog. So boleh ke flickr sy untuk nonton ya hihihihihi.




Saya rasa tu je kot. So 2015 insyaAllah saya akan berEXPAT ke Taiwan end of August nnti. Doa2kan ya :)


Salehuddin Lokman (Pokleh)
Whatsapp : 0136166757
Email : salehuddinlokman@yahoo.com
FB : Salehuddin Lokman